Saturday 28 April 2012

TIP-TIP PENJIMATAN ELEKTRIK


1. TIP #1 - Kenalpasti dimana lebihan tenaga berlaku dan sebab-sebabnya.
  • Punca elektrik yang tidak stabil (Power Factor yang rendah)
  • Tiada pengawalan penggunaan terutama bagi alat elektrik yang tinggiwattage seperti aircond, heater mandi, oven, seterika dan lain-lain.
  • Penggunaan alat elektrik yang kurang berkualiti
  • Wiring yang tidak sempurna
  • Untuk aircond, selalunya aircond akan membuatkan suhu bilik lebih sejuk daripada suhu yang telah ditetapkan (temperature overshooting)
  • 2. TIP#2 - Cara Untuk menjimatkan elektrik (mudah)

    • Tinggikan sedikit suhu aircond (contoh dari 18C kepada 20C)
    • Tutup suis alat alat elektrik ketika tidak digunakan.
    • Kurangkan atau kawal penggunaan alat elektrik yang tinggi wattage seperti aircond, water heater, seterika, oven dan lain-lain.
    • Untuk Washing Machine, kumpul dahulu basuhan supaya dapat mengurangkan ulangan basuhan yang sedikit.
    • TIP #3 (1) - Cara untuk menjimatkan elektrik (memerlukan kos)
      • Tingkatkan power factor elektrik dengan memasang capacitor bank (untuk bil elektrik yang tinggi dan mempunyai alat elektrik yang sensitive) atau home unit capacitor (kos yang rendah). Sila pastikan anda membeli produk yang berkualiti dan mempunyai jaminan disamping servis selepas jualan.
      • Tukar alat elektrik kepada alat elektrik yang kurang wattage tetapi berfungsi sama seperti sedia ada seperti Energysaving Lights, Aircond ber-inverter dan lain-lain. Kos penukaran agak tinggi kerana setiap energysaving alat elektrik berharga lebih mahal daripada biasa, tetapi disarankan untuk digunakan untuk tempat-tempat yang baru dibuat atau semasa alat elektrik itu sudah rosak. Pastikan juga anda membeli produk yang berkualiti dan mempunyai jaminan yang panjang.
      • Periksa wiring dan perbaiki wiring (contoh ketatkan screw connection di main fuse) bagi wiring yang lama dan tidak sesuai. (sila dapatkan nasihat juruelektrik yang bertauliah)
      • TIP #4 - Cara untuk menjimatkan elektrik dengan menggunakan tenaga alternatif
        (banyak artikel dalam internet yang membincangkan perkara ini dengan terperinci)
        • Solar
        • Angin
        •                                                  SitiNurBasiroh

No comments:

Post a Comment