1.Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar
dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan
kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas
dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap
muka.
2. Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata
bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih
sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
3. Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato
dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering)
kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan
kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.Topeng penyegar muka ini kaya
dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk
membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan
pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato
segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
4. Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua
sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit.
Bilas dengan air suam.Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan
mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan
kulit.Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut
manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit
marwadinni.com
NUR IZZATI ARIFFIN
No comments:
Post a Comment