Friday 10 August 2012

Isu air di Malaysia

      Pada zaman kini, isu kekurangan air sering berlaku di Malaysia. Contohnya seperti di negeri Selangor dan Kelantan. Isu kekurangan air ini dapat memberi kesan yang buruk kepada kita dan juga masyarakat yang lain.

      Faktor kekurangan air di Malaysia ini disebabkan pembaziran air. Maklumlah, Negara Malaysia ini negara yang kaya dan merdeka. Tetapi, itu bukan satu alasan untuk membazirkan air kerana bekalan air mungkin tidak cukup untuk generasi akan datang.

      Selain itu, kebanyakan sungai- sungai di Malaysia sudah tercemar gara- gara manusia yang tidak bertanggungjawab menyebabkan air di Malaysia berkurangan. Oleh itu, jagalah sungai kita  kerana sungai adalah sumber air kita.
      
       Isu air ini dapat kita ditangani dengan berjimat- cermat atau dengan mengadakan kempen kesedaran . Dengan itu, kita dapat menangani krisis kekurangan air ini dengan mudah.

        Tuntasnya, kita haruslah bersama- sama berganding bahu untuk menjaga kebersihan air. Jadi, kita mestilah bersusah- susah dulu, bersenang- senang kemudian untuk generasi akan datang.

Wednesday 4 July 2012

Vandalisme

   Pada zaman yang serba canggih ini,banyak kes vandalisme yang berlaku akibat ketiadaan sikap tanggungjawab pada diri masing-masing.Kes vandalisme banyak berlaku di tempat awam seperti tandas awam dan sekolah.


   Faktor-faktor kes vandalisme ialah pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya juga mempengaruhi kita dengan mudah.Kurang didikan dan perhatian daripada keluarga juga menyebabkan kes vandalisme ini berleluasa.Remaja yang mengalami tekanan perasaan menyebabkan kes vandalisme menjadi satu kes serius pada masa kini.


   Kesan daripada kes vandalisme ialah merasakan harta benda awam.Harta benda awam menjadi tempat melepaskan tekanan mereka dan ini bukan satu contoh yang baik.Ia juga manyebabkan kerugian yang banyak.


   Langkah mengatasi kes vandalisme ialah dengan mengnakan tindakn yang sewajarnya kepada pelaku.Mengadakan kempen kesedaran juga dapat mengatasi masalah ini daripada semakin berleluasa.Selain itu,memberi motivasi kepada pelaku untuk menyedarkan para pelaku tentang betapa seriusnya masalah ni.


   Kesimpulannya,kita haruslah memelihara harta benda awam untuk kesenangan kita bersama.

Friday 22 June 2012

KES PEMBUANGAN BAYI

     Kes pembuangan bayi di Malaysia kini semakin berleluasa.Semakin hari semakin bertambah bilangan pembuangan bayi.Kebanyakan pembuangan bayi ini berasal dari kaum melayu berbanding kaum-kaum yang lain.
     Masalah-masalah yang menyebabkan kes pembuangan bayi antaranyan adalah kurang perhatian keluarga.Contohnya,ibu bapa tidak mengambil berat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak.Kurang didikan moral juga antara faktor pembuangan bayi.Misalnya, keluaraga tidak mengajar tentang hukum pembuangan bayi.
     Kesan-kesan pembuangan bayi adalah maruah diri tercemar kerana mereka melahirkan anak luar nikah.Mereka juga aan dipandang serong oleh masyarakat kerana perbuatan mereka yang tidak bermoral dengan membuang anak mereka.Dari segi Islam pula,mereka akan dilaknat oleh Allah dan Nabi tidak akan mengaku mereka sebagai umatnya.Mereka juga akan membuat keluarga berasa sangat malu.
     Selain itu, langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi kes pembuangan bayi adalah dengan membina pusat pemulihan di setiap negeri.Kita juga boleh mengadakan kempen kes megatasi pembuangan bayi.Pihak kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang dengan menjatuhkan hukuman berat kepada orang yang membuang bayi.
     Natijahnya,kita hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya seperti menjauhi gejala sosial yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

Wednesday 20 June 2012

4. PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN


4. PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Mujaadalah: 11. Maksudnya:


“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat . Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”.


Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang integratif mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur.


Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu intergratif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.

Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui system pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double Major, kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah.


Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah a-li ‘Imraan : 190. Maksudnya :
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal."
                                                                                    SITI NUR BASIROH

Remaja Menghisap Dadah

               Remaja pada masa kini jelas sekali terpesong kearah lain. Ada yang sesat dan ada juga yang berjaya. Tetapi,kebanyakan remaja zaman sekarang menghilangkan tekana dengan menghisap dadah. Mereka tahu dadah itu ialah musuh negara tapi ada sesetengah remaja yang kurang faham akan dadah ini. Dadah juga boleh membawa pelbagai jenis penyakit  yang berbahaya.

               Faktor mereka menghisap dadah ialah dengan pengaruh rakan sebaya. rakan sebaya yang negatif telah mempengaruhi kita dengan ajakan mereka yang hanya membuang masa iaitu menghisap dadah. Faktor kedua pula ialahdengan mempunyai masalah dalam keluarga. Tekana dalam masalah keluarga sememangnya tertekan tetapi mereka salah melepaskan tekana mereka dengan menghisap benda yang dipanggil dadah ini. Kurang diberi  perhatian juga faktor mereka menghisap dadah. Mereka menghisap dadah kerana mereka menggangap dengan menghisap dadah,masalah mereka boleh selesai tetapi tidak.

               Seterusnya,kesan menghisap dadah. Menghisap dadah boleh menggangu fungsi asal otak. Fungsi otak mereka akan terjejas dengan menghisap dadah. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan gangguan di dalam pelajaran. Pembelajaran mereka akan terganggu dengan menghisap dadah. Hidup bukan lagi bertambah baik malah lagi bertambah teruk dan hancur begitu saja. Prestasi kerja merosot dengan mendadak kerana dadah ini.

               Untuk mengatasi masalah ini,kita boleh mengadakan kempen kesedaran untuk remaja zaman sekarang sedar akan pentingnya untuk menghindari dadah yang menghancurkan masa depan kita. Kita juga boleh menguatkuasakan undang-undang untuk si penagih terutamanya remaja. Memberi motivasi kepada remaja juga dapat menyedarkan remaja untuk tidak menghisap dadah. Membuat tinjauan juga dapat dilakukan dan dapat banyak faedak untuk remaja yang masih dalam alam mereka lagi.

               Akhir sekali,kita perlulah menasihati remaja supaya menghindari dadah demi masa depan mereka juga.







                                                                                  SITI NUR BASIROH

Sunday 17 June 2012

HUTAN

     Hutan ialah tempat tinggal haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Hutan adalah suatu areal yang luas dikuasai oleh pohon, tetapi hutan bukan hanya sekedar pohon, termasuk didalamnya tumbuhan lainnya. Di dalam hutan juga terdapat beranekaragam jenis binatang yang menjadikan hutan sebagai habitatnya.Sesetengah manusia tidak begitu sayang kepada hutan.Oleh hal yang demikian,mereka menebang pokok-pokok dan tumbuh tumbuhan yang tumbuh semula jadi di dalam hutan.
        Antara sebab manusia memusnahkan hidupan flora dan fauna adalah mereka ingin membina jalan raya untuk kemudahan pengangkutan.Mereka tidak fikir yang itu menjejaskan hidupan tersebut.Seterusnya mereka juga menebang pokok untuk pembinaan banggunan yang pencakar langit.Selain itu,mereka juga ingin membina taman perumahan yang selesa di atas bukit dan sebagainya.Di samping itu,mereka menebang pokok untuk membuat perabot yang selalunya diperbuat daripada pokok yang di dalam hutan.
      Antara kesan penebangan hutan ialah hakisan tanah berlaku dan membahayakan nyawa manusia jika tanah runtuh di kawasan perumahan.Seterusnya,ia juga mwngakibatkan kepupusan flora dan fauna.Kita akan susah untuk mendapatkan herba dari hutan disebabkan aktiviti penebangan pokok tersebut.Selain itu,ia juga mengakibatkan lapisan ozon semakin nipis.Di samping itu,sungai akan menjadi semakin cetek.Hal ini kerana, habuk daripada penebangan pokok tersebut akan masuk ke dalam sungai dan menyakibatkan mendapan berlaku.Pencemaran juga akan berlaku kerana habuk pokok yang ditebang kerana ia akan bertebangan di udara.
      Langkah-langkah untuk mengelakkan penebangan pokok berlaku secara berleluasa adala pihak yang bertanggungjawab hendaklah menguatkuasakan undang-undang  dengan menyaman mereka yang terlibat dalam aktiviti tersebut.Seterusnya,dengan mengadakan kempen menanam pokok semula akan menyedarkan mereka yang terlibat.Selain itu,pihak yang terlibat dalam penebangan pokok hendaklah mengurangkan penebangan hutan dan memelihara hutan tersebut.Di samping iti,pihak berkuasa hendaklah mengiktiraf hutan simpanan.
      Hutan perlulah dipelihara agar penebangan hutan secara berleluasa dapat diatasi.Jika penebangan hutan berterusan, haiwan dan tumbuh tumbuhan akan semakin cepat pupus.
                       
       

                                                                                                                                             (ADLIN HUSNA BINTI MOHD AZAN)
      

Sunday 6 May 2012

oh! kucing

funny dancing cat picturegambar kucing yang comel dan cute kucing yang jilat snow cone..
gambar kucing yang sangat comel dan cute anak kucing yang tidur nyenyak...
gambar kucing yang cukup comel dan cute puss in boots...
snow mountain cat picturefighting!!!