Sunday 1 April 2012

Mendidik anak Perempuan berpakaian

Perkongsian bersama dalam etika mendidik anak perempuan berpakaian.

1.     Dalam membentuk imej muslimah, bukan sekadar menutup aurat, tetapi diri mestilah kemas dan bersih serta sesuai dengan keadaan sekeliling. Anak boleh dididik menentukan fesyen harian mereka mengikut garis panduan syarak.

2.     Anak-anak dididik supaya pandai memadan pakaian dan menggosok pakaian mereka termasuk baju tidur. Amalan ini akan diteruskan apabila meningkat dewasa kelak.

3.     Apabila keluar dari rumah, ada etika pakaian yang harus dipatuhi. Walaupun dia tidak diwajibkan memakai tudung untuk anak yang berumur bawah 7 tahun, namun kita boleh mendidik mereka agar bila mahu keluar saja dari rumah akan minta dipakaikan tudung.Untuk anak yang berusia 9 tahun (usia baligh bagi anak perempuan) dimestikan memakai tudung apabila keluar rumah.

4.     Seluar dan skirt mestilah labuh dan mencecah buku lali. Yang pendek hanyalah boleh dipakai di dalam rumah dan hendaklah memakai seluar panjang. Tangan pendek sesuai dipakai bersantai di dalam rumah sahaja.

5.     Bagi anak baligh, memang agak payah mencarikan pakaian yang sesuai untuk mereka. Sebagai ibu kita haruslah mengajar mereka pentingnya menjaga kebersihan diri secara sistematik supaya mereka tidak panik menghadapi alam remaja.

6.     Cari waktu untuk melakukan ‘spa’ di rumah untuk anak-anak supaya badan mereka bersih dan tidak berbau dengan membuat ‘facial’,urut, lulur, manicure dengan menggunakan bahan-bahan asli yang mudah didapati di dapur. Aktiviti sebegini akan mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.


info dari : ttp://sitibaizurah.multiply.com/journal/item/135/TIPS_MENDIDIK_ANAK_PEREMPUAN_DALAM_BERPAKAIAN
Share this topic on Facebook
sitinurbasiroh

No comments:

Post a Comment