Sunday 15 April 2012

PILIHLAH MAKANAN YANG KURANG GULA DAN GARAM


Kurangkan memakan makanan segera dan yang diproses

Maklumat Pemakanan/Jadual Komposisi Makanan telah menunjukkan bahawa kebanyakan makanan segera mempunyai kalori, gula, garam dan lemak yang tinggi di mana lebih dari 30% kalorinya datang dari lemak. Kurangkan memakan makanan segera. Jika anda memilih untuk memakan makanan segara, makanlah 2 atau 3 kali sahaja sebulan. Dan jika anda makan makanan segera, kurangkan kalori dari makanan yang akan datang.

Makanlah makanan dari bahan semulajadi atau yang disediakan segar.

Kebanyakan makanan yang diawet atau diproses mengandungi garam dan gula yang tinggi. Pilihlah resipi dan hidangan yang kurang menggunakan bahan-bahan ini tetapi banyak menggunakan makanan-makanan segar.

Gunakan garam dan gula secara sederhana dalam masakan.

Kebanyakan bahan-bahan seperti sos tomato dan kicap mengandungi kandungan garam yang tinggi.Rasa dahulu makanan sebelum menambahkan garam. Bahan-bahan lain seperti susu pekat manis, gula merah dan madu boleh menambahkan kandungan gula dalam makanan.

Kurangkan pengambilan snek yang mengandungi banyak garam, gula dan Mono Sodium Glutamat (MSG)

Makanlah snek yang sihat seperti sandwic, buah-buahan segar , bertih jagung (popcorn) kosong tanpa gula atau ubi rebus.

Kurangkan penggunaan perencah yang tinggi kandungan garam dan natrium

Suri rumah tangga dan penyaji makanan seharusnya mengurangkan penggunaan perencah yang tinggi kandungan garam, natrium dan MSG dalam masakan mereka. Sebagai ganti, mereka boleh menggunakan bahan-bahan perencah semulajadi seperti herba dan rempah yang hegitu banyak di negara ini.

SUMBER:cpintrass.com          
ADLIN HUSNA

No comments:

Post a Comment