Friday 10 August 2012

Isu air di Malaysia

      Pada zaman kini, isu kekurangan air sering berlaku di Malaysia. Contohnya seperti di negeri Selangor dan Kelantan. Isu kekurangan air ini dapat memberi kesan yang buruk kepada kita dan juga masyarakat yang lain.

      Faktor kekurangan air di Malaysia ini disebabkan pembaziran air. Maklumlah, Negara Malaysia ini negara yang kaya dan merdeka. Tetapi, itu bukan satu alasan untuk membazirkan air kerana bekalan air mungkin tidak cukup untuk generasi akan datang.

      Selain itu, kebanyakan sungai- sungai di Malaysia sudah tercemar gara- gara manusia yang tidak bertanggungjawab menyebabkan air di Malaysia berkurangan. Oleh itu, jagalah sungai kita  kerana sungai adalah sumber air kita.
      
       Isu air ini dapat kita ditangani dengan berjimat- cermat atau dengan mengadakan kempen kesedaran . Dengan itu, kita dapat menangani krisis kekurangan air ini dengan mudah.

        Tuntasnya, kita haruslah bersama- sama berganding bahu untuk menjaga kebersihan air. Jadi, kita mestilah bersusah- susah dulu, bersenang- senang kemudian untuk generasi akan datang.