Sunday 15 April 2012

KELEBIHAN MEMEKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN


Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral dan serat yang baik.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran secara semula jadinya kurang mengandungi lemak dan dapat membekalkan zat-zat penting dan bahan-bahan lain seperti serat, yang sangat penting ada kesihatan. Bahan-bahan ini adalah sumber vitamin C, vitamin E , karotinoid yang terbaik. Ini termasuk sumber yang membentuk vitamin A dan asid folik.

Zat antioksidan (seperti vitamin C, karatinoid, vitamin E dan beberapa jenis mineral) yang terdapat dalam makanan dari tumbuh-tumbuhan, kebelakangan ini, telah menarik minat ramai ahli-ahli sains dan orang ramai kerana ia dikatakan memiliki peranan penting bagi mengurangkan risiko sesetengah penyakit kanser dan beberapa penyakit kronik. Jadi, untuk mengekalkan zat-zat ini janganlah memasak sayur-sayuran terlalu lama kerana dengan berbuat demikian ia akan merosakkan zat-zat tersebut. Buah-buahan hendaklah dimakan segar.

Asid folik ataufolate (sebahagian dari vitamin B kompleks) dapat mengurangkan risiko kecacatan kelahiran yang serius. Mineral seperti potasium dan kalsium yang terdapat dalam banyak jenis sayur-sayuran dan buah-buahan mungkin boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Sayur-sayuran dan buah-buahan perlulah dimakan setiap kali makan.

Pelbagai jenis sayur-sayuran
* Pilihlah sayur-sayuran yang berwarna hijau dan kuning tua termasuk ulam.
* Makan sayur-sayuran yang berkanji seperti kentang dan jagung.
* Siap dan sajikan sayur-sayuran yang mengandungi lemak yang sedikit ataupun tiada langsung.
* Digalakkan menyaji salad sayur -sayuran segar atau ulam pada setiap kali makan nasi.
* Sertakan juga lain-Iain sayur seperti buah tomato, terung, kacang bendi dan taugeh.

Pelbagaikan jenis buah-buahan dan perahan (jus) buah-buahan
* Pilihlah selalu buah limau, tembikai atau papaya atau perahan buah-buahan ini.
* Makanlah buah-buahan sebagai pencuci mulut atau snek.
* Minumlah perahan buah-buahan tanpa gula
* Sedia dan sajikan buah-buahan tanpa memasukan gula.


SUMBER:camarsepi1.blogdrive       NUR IZZATI ARIFFIN

No comments:

Post a Comment