Sunday 25 March 2012

Tabungan yang Bunganya Berlipat-lipat

Entah disedari atau tidak, tabungan kita diganjar dengan tambahan bunga bank. Namun, bunga tabungan itu terlalu kecil sehingga kita tidak merasakan manfaat yang bermakna.
Makanya, kita sering menggunakan bank dan mesin ATM hanya untuk sekedar menitipkan untuk sementara.

Cukup ‘terima-kasih’ saja. Setiap kali kita ‘terima’ dihari gajian, kita langsung ‘kasih’ ke berbagai macam rekening tagihan. Kita tidak tertarik untuk menyimpan wang itu berlama-lama di bank.
Bagaimana jika ada bank yang memberi bunga berlipat-lipat dari tabungan yang kita simpan? Dua kali lipat. Sepuluh kali lipat. Bahkan tujuh ratus kali lipat.
Bersediakah Anda menabung lebih lama? Anda mahu , tapi ragu-ragu jika ada bank yang seperti itu. 
Namun bank itu bukan tempat penyimpanan wang, melainkan tempat tersimpannya segala amal perbuatan.
Sebuah hadis mengajarkan bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan itu laksana sebutir benih yang tumbuh menjadi sepuluh tangkai. Sedangkan dalam setiap tangkai itu, terdapat tujuh puluh buahnya. Maka setiap kebaikan kita diganjarkan dengan bunga dan buah sebanyak 700 kali lipatnya.
Sekarang, sudah ada ‘bank’ yang memberi bunga berkali-kali lipat itu. Dia tidak hanya menerima tabungan dalam bentuk wang. Tetapi juga menerima ilmu yang Anda sebarkan. Menyambut perilaku baik yang Anda lakukan. Membukukan setiap tindakan terpuji yang Anda kontribusikan. Mahukah Anda menabung kebaikan di ‘bank’ itu?
Pendapatan yang kita peroleh berbanding lurus dengan kontribusi yang kita berikan. Tetapi, kadang-kadang pendapatan itu tidak kita terima dalam bentuk wang yang boleh kita ambil di ATM; melainkan berupa tabungan yang disimpan di bank yang memberikan bunga hingga 700 kali lipat.
Maka jika Anda telah berkontribusi tinggi, namun jumlah wang yang Anda bawa pulang tetap tidak melimpah ruah juga; ikhlaskanlah.
Kerana kadar keikhlasan kita dalam berkontribusi sangat menentukan berapa kali lipat imbalan yang boleh kita dapatkan untuk bekal dirumah akhirat kelak.
Selama kita ikhlas, kita juga tidak akan pernah dihinggapi oleh rasa kesal, kecewa, atau penghujatan kerana merasa telah diperlakukan secara tidak adil.
Dengan keikhlasan itu, kita menambah jumlah tabungan yang boleh dibawa ketika tiba saatnya untuk ‘pulang’.
Salam
Referesi : Master Trainer & Natural Intelligence Inventor (Dadang Kadarusman)

1 comment: