Sunday 4 March 2012

JANGAN BUKA AIB ORANG,JANGAN BUKA AIB SENDIRI


meh hari ni kita baca beberapa hadis, pendek kata aku nak buat ringkasan pengajaran dari hadis-hadis di bawah ini ialah:

1) Jangan suka bukak aib orang. Ni sape mengajar g fwd gambar orang wat maksiat, gambar mcm-mcm le. Orang yang tak tahu jd tahu. Esok-esok Allah bukak aib kita ka akhirat nanti.

2) Kalau dah buat maksiat tu tak payahlah jujur sangat bagitau orang. Ni pergi bukak pekung di dada, tu bukan jujur namanya. Allah dah tutup dosa-dosa kita dari pengetahuan orang lain, so xyahle nak bukak.

Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)

Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889)

Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)


Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376).
 
Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya. (Shahih al-Bukhari, hadis no: 6784)

Sesiapa yang berdosa di dunia dengan melakukan sesuatu dosa lalu dikenakan hukuman ke atasnya disebabkan dosanya itu, maka Allah Maha Adil daripada melipat gandakan hukuman-Nya ke atas hamba-Nya. Dan sesiapa yang berdosa dengan satu dosa di dunia lalu Allah menutupi ke atasnya, maka Allah Maha Mulia daripada mengenakan hukuman ke atas sesuatu yang telah Dia maafkan. (Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 775)


No comments:

Post a Comment