Saturday 5 May 2012


Ringkasnya, apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang?
Bersemangat dan dedikasi. Dalam setiap perkara yang dilakukan, seorang peljar cemerlang amat bersemangat tanpa mengenal penat dan jemu.
Amanah. Satu sikap yang perlu adalah amanah atau jujur dalam setiap tindakan. Sikapnya  sentiasa bercakap benar, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Beliau sedar tindakan tidak jujur akan mengundang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Mempunyai disiplin yang tinggi. Ciri ini adalah asas dalam segalanya. Seorang pelajar cemerlang tahu membahagikan masanya untuk belajar, beriadah, beribadah dan bersosial. Segalanya diatur dengan rapi. Hasilnya, keseimbangan dalam kehidupan dapat dicapai dengan sempurna.
Cergas dan cerdas sepanjang masa. Cergas dari segi fizikal seperti sihat tubuh badan tanpa sebarang masalah kesihatan. Sementara cerdas dari segi mental, emosi dan minda.
Berdoa dan bertawakkal. Setelah pelbagai usaha dilakukan, langkah terakhir adalah berdoa agar setiap usaha mendapat keberkatan oleh yang Maha Esa.
                         (ADLIN HUSNA )

No comments:

Post a Comment