Sunday 6 May 2012

Petua Bawang Putih


Ubati Sakit Lelah dan Semput

Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk. Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.

Ubat Sakit Angin

Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Melancarkan Peredaran Darah

Amalkan minum air bawang putih. Caranya dengan blander atau tumbuk 5 ulas bawang putih kemudian perah dan campurkan sedikit air. Atau cara yang lebih mudah beli Kapsul GARLIC yang dijual di farmasi. Amalkan 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelah malam.
Menghilangkan Batuk
Bawang putih dibakar dengan kulitnya. Setelah dibakar, kupas dan basuh bawang putih dan dimakan begitu sahaja. Insyaallah, batuk hilang.

Sumber:serikasih.com
                                               NUR IZZATI ARIFFIN

No comments:

Post a Comment