Saturday 5 May 2012


Kegunaan Tumbuhan dan Pokok

Habitat flora dan fauna
Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar.
Pembekal makanan
Hutan juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun. Di hutan hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun dan kacang untuk dimakan oleh
Pembekal ubat-ubatan
Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai penyakit. Hutan bakau memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan herba-herba ubat. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan boleh juga memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu / Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir.

Pembekal bahan mentah
Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu, kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun- daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul. Pneumatofor pokok Perapat (Sonnerotia sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam pembuatan dan hasil ukiran kayu.
Tempat Rekreasi
Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini mula dijadikan sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan memperolehi keuntungan yang besar. Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.
Sumber penyelidikan
Hutan juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat bernilai.
Sumber Pendapatan
Hutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara. melalui aktiviti pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan adalah amat bernilai dan digunakan dalam beberapa bidang yang menguntungan.

No comments:

Post a Comment