Wednesday 20 June 2012

Remaja Menghisap Dadah

               Remaja pada masa kini jelas sekali terpesong kearah lain. Ada yang sesat dan ada juga yang berjaya. Tetapi,kebanyakan remaja zaman sekarang menghilangkan tekana dengan menghisap dadah. Mereka tahu dadah itu ialah musuh negara tapi ada sesetengah remaja yang kurang faham akan dadah ini. Dadah juga boleh membawa pelbagai jenis penyakit  yang berbahaya.

               Faktor mereka menghisap dadah ialah dengan pengaruh rakan sebaya. rakan sebaya yang negatif telah mempengaruhi kita dengan ajakan mereka yang hanya membuang masa iaitu menghisap dadah. Faktor kedua pula ialahdengan mempunyai masalah dalam keluarga. Tekana dalam masalah keluarga sememangnya tertekan tetapi mereka salah melepaskan tekana mereka dengan menghisap benda yang dipanggil dadah ini. Kurang diberi  perhatian juga faktor mereka menghisap dadah. Mereka menghisap dadah kerana mereka menggangap dengan menghisap dadah,masalah mereka boleh selesai tetapi tidak.

               Seterusnya,kesan menghisap dadah. Menghisap dadah boleh menggangu fungsi asal otak. Fungsi otak mereka akan terjejas dengan menghisap dadah. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan gangguan di dalam pelajaran. Pembelajaran mereka akan terganggu dengan menghisap dadah. Hidup bukan lagi bertambah baik malah lagi bertambah teruk dan hancur begitu saja. Prestasi kerja merosot dengan mendadak kerana dadah ini.

               Untuk mengatasi masalah ini,kita boleh mengadakan kempen kesedaran untuk remaja zaman sekarang sedar akan pentingnya untuk menghindari dadah yang menghancurkan masa depan kita. Kita juga boleh menguatkuasakan undang-undang untuk si penagih terutamanya remaja. Memberi motivasi kepada remaja juga dapat menyedarkan remaja untuk tidak menghisap dadah. Membuat tinjauan juga dapat dilakukan dan dapat banyak faedak untuk remaja yang masih dalam alam mereka lagi.

               Akhir sekali,kita perlulah menasihati remaja supaya menghindari dadah demi masa depan mereka juga.







                                                                                  SITI NUR BASIROH

No comments:

Post a Comment