Friday 22 June 2012

KES PEMBUANGAN BAYI

     Kes pembuangan bayi di Malaysia kini semakin berleluasa.Semakin hari semakin bertambah bilangan pembuangan bayi.Kebanyakan pembuangan bayi ini berasal dari kaum melayu berbanding kaum-kaum yang lain.
     Masalah-masalah yang menyebabkan kes pembuangan bayi antaranyan adalah kurang perhatian keluarga.Contohnya,ibu bapa tidak mengambil berat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak.Kurang didikan moral juga antara faktor pembuangan bayi.Misalnya, keluaraga tidak mengajar tentang hukum pembuangan bayi.
     Kesan-kesan pembuangan bayi adalah maruah diri tercemar kerana mereka melahirkan anak luar nikah.Mereka juga aan dipandang serong oleh masyarakat kerana perbuatan mereka yang tidak bermoral dengan membuang anak mereka.Dari segi Islam pula,mereka akan dilaknat oleh Allah dan Nabi tidak akan mengaku mereka sebagai umatnya.Mereka juga akan membuat keluarga berasa sangat malu.
     Selain itu, langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi kes pembuangan bayi adalah dengan membina pusat pemulihan di setiap negeri.Kita juga boleh mengadakan kempen kes megatasi pembuangan bayi.Pihak kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang dengan menjatuhkan hukuman berat kepada orang yang membuang bayi.
     Natijahnya,kita hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya seperti menjauhi gejala sosial yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment