Sunday 17 June 2012

HUTAN

     Hutan ialah tempat tinggal haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Hutan adalah suatu areal yang luas dikuasai oleh pohon, tetapi hutan bukan hanya sekedar pohon, termasuk didalamnya tumbuhan lainnya. Di dalam hutan juga terdapat beranekaragam jenis binatang yang menjadikan hutan sebagai habitatnya.Sesetengah manusia tidak begitu sayang kepada hutan.Oleh hal yang demikian,mereka menebang pokok-pokok dan tumbuh tumbuhan yang tumbuh semula jadi di dalam hutan.
        Antara sebab manusia memusnahkan hidupan flora dan fauna adalah mereka ingin membina jalan raya untuk kemudahan pengangkutan.Mereka tidak fikir yang itu menjejaskan hidupan tersebut.Seterusnya mereka juga menebang pokok untuk pembinaan banggunan yang pencakar langit.Selain itu,mereka juga ingin membina taman perumahan yang selesa di atas bukit dan sebagainya.Di samping itu,mereka menebang pokok untuk membuat perabot yang selalunya diperbuat daripada pokok yang di dalam hutan.
      Antara kesan penebangan hutan ialah hakisan tanah berlaku dan membahayakan nyawa manusia jika tanah runtuh di kawasan perumahan.Seterusnya,ia juga mwngakibatkan kepupusan flora dan fauna.Kita akan susah untuk mendapatkan herba dari hutan disebabkan aktiviti penebangan pokok tersebut.Selain itu,ia juga mengakibatkan lapisan ozon semakin nipis.Di samping itu,sungai akan menjadi semakin cetek.Hal ini kerana, habuk daripada penebangan pokok tersebut akan masuk ke dalam sungai dan menyakibatkan mendapan berlaku.Pencemaran juga akan berlaku kerana habuk pokok yang ditebang kerana ia akan bertebangan di udara.
      Langkah-langkah untuk mengelakkan penebangan pokok berlaku secara berleluasa adala pihak yang bertanggungjawab hendaklah menguatkuasakan undang-undang  dengan menyaman mereka yang terlibat dalam aktiviti tersebut.Seterusnya,dengan mengadakan kempen menanam pokok semula akan menyedarkan mereka yang terlibat.Selain itu,pihak yang terlibat dalam penebangan pokok hendaklah mengurangkan penebangan hutan dan memelihara hutan tersebut.Di samping iti,pihak berkuasa hendaklah mengiktiraf hutan simpanan.
      Hutan perlulah dipelihara agar penebangan hutan secara berleluasa dapat diatasi.Jika penebangan hutan berterusan, haiwan dan tumbuh tumbuhan akan semakin cepat pupus.
                       
       

                                                                                                                                             (ADLIN HUSNA BINTI MOHD AZAN)
      

No comments:

Post a Comment