Sunday, 6 May 2012

Petua Bawang Putih


Ubati Sakit Lelah dan Semput

Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk. Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.

Ubat Sakit Angin

Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Melancarkan Peredaran Darah

Amalkan minum air bawang putih. Caranya dengan blander atau tumbuk 5 ulas bawang putih kemudian perah dan campurkan sedikit air. Atau cara yang lebih mudah beli Kapsul GARLIC yang dijual di farmasi. Amalkan 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelah malam.
Menghilangkan Batuk
Bawang putih dibakar dengan kulitnya. Setelah dibakar, kupas dan basuh bawang putih dan dimakan begitu sahaja. Insyaallah, batuk hilang.

Sumber:serikasih.com
                                               NUR IZZATI ARIFFIN

10 Gambar Menarik Menceritakan Tentang Kucing

Antara haiwan yang menjadi kegemaran manusia pada hari ini adalah kucing. Haiwan yang pernah menjadi kesayangan seorang sahabat baginda Nabi Muhammad s.a.w.; Sayyidina Abu Hurairah r.a.



1. Suka bermain

2. Suka berenang

3. Pandai guna laptop dan barang-barang teknologi

4. Tahu menghayati ciptaan Allah s.w.t.

5. Suka berkawan

6. Suka makan makanan segera; Pizza Hut

7. Teringin nak sambut Birthdays

8. Suka posing depan kamera

9. Suka menonton televisyen
10. Suka beraya

panda

Kucing Kesayangan Boleh Menjejaskan Kesihatan

Kucing, haiwan peliharaan yang sering dimanjakan. Namun, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa haiwan jinak itu kadangkala boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

Selain alahan terhadap haiwan kesayangan itu, ada sejenis penyakit dikenali sebagai `cat scratch disease'. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan bakteria yang dibawa melalui air liur kucing. Bakteria itu akan dipindahkan oleh seekor kucing kepada manusia.

Doktor dan penyelidik berpendapat bahawa kucing itu berkemungkinan mendapat bakteria itu daripada kutu biarpun tiada sebarang bukti menunjukkan kesahihannya.

Seseorang akan dijangkiti penyakit itu apabila mereka digigit atau dicakar oleh kucing yang secara kebetulan membawa bakteria berkenaan.

Kucing"/

Lazimnya, kucing akan mendapat bakteria itu apabila ia menjilat-jilat bulunya. Mata anda juga tidak terlepas daripada mengalami jangkitan bakteria itu jika anda gemar mencium kucing dan membiarkannya menggosok-gosok mukanya pada muka anda.

Sebahagian besar individu yang mengalami penyakit ini tidak dapat mengingat bahawa pernah dicakar atau digigit kucing kesayangan mereka.

Bagaimanapun, penyakit itu tidak serius jika berlaku kepada mereka yang sihat tetapi ia boleh menimbulkan masalah kepada mereka yang mempunyai sistem imun rendah, terutama pesakit Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (Aids), diabetes dan mereka yang sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi penyakit kanser.

Anda perlu dapatkan rawatan jika:

* Kesan gigitan atau cakaran kucing itu tidak berjaya disembuhkan.
Jika anda dapati kesan tompokan merah akibat digigit atau dicakar kucing membengkak atau membesar sehingga lebih daripada dua hari.

* Demam berpanjangan untuk beberapa hari selepas digigit atau dicakar kucing.
* Sakit dan bengkak pada kelenjar untuk tempoh dua atau tiga minggu.
* Sakit sendi dan tulang.
* Kesakitan pada abdomen (tanpa demam, muntah dan cirit-birit).
* Terlalu letih untuk tempoh dua atau tiga minggu.

Simptom penyakit itu:
* Anda akan mendapati tubuh yang digigit atau dicakar kucing itu membengkak. Kebengkakan itu bagaimanapun akan hanya wujud selepas tiga atau 10 hari selepas digigit atau dicakar.

Kebengkakan itu akan mengambil ma-sa lama untuk sembuh. Jangkitan juga akan berlaku terhadap nodus limfa atau kelenjar limfa. Sebagai contoh,jika gigitan atau cakaran kucing ialah di bahagian lengan, kelenjar di ketiak akan membengkak dan mengalami kesakitan.

Pemeriksaan yang perlu dilakukan:
Pastikan anda memberitahu doktor jika anda pernah digigit atau dicakar kucing. Doktor akan memeriksa untuk mengetahui sejauh mana anda mengalami kesakitan akibat gigitan itu dan menyebabkan nodus limfa membengkak.

Pesakit akan dinasihatkan supaya menjalani ujian darah.

Rawatan:
Bagi sebahagian besar pesakit, penyakit ini akan sembuh tanpa rawatan. Bagaimanapun, antibiotik diperlukan jika jangkitan pada nodus limfa masih lagi menyebabkan kesakitan dan kelihatan membengkak lebih daripada dua atau tiga bulan.

Antibiotik juga akan dapat membantu jika anda demam untuk jangka masa panjang atau jika jangkitan itu sudah merebak sehingga ke tulang, hati dan organ lain di dalam badan.

Langkah pencegahan:
* Jauhkan diri daripada kucing.
* Kerat kuku kucing.
* Pastikan anda mencuci tangan dan menggunakan sabun selepas memegang dan membelai kucing.
* Sebaik-baiknya mandi dan syampu kucing anda untuk memastikan ia sentiasa bersih dan bebas daripada kutu.

Lazimnya, kucing akan memindahkan jangkitan itu kepada manusia dalam tempoh beberapa minggu saja. Anak kucing didapati lebih mendedahkan anda kepada penyakit itu berbanding kucing dewasa. Sehubungan itu, sesebuah rumah yang mempunyai anak kucing akan meningkatkan lagi risiko anda mengalami penyakit itu, terutama jika kucing mempunyai kutu.

Kucing tidak perlu dirawat kerana bakteria tidak menyebabkan kucing sakit. Ini kerana, kucing hanya bertindak sebagai pembawa bakteria apabila ia menggigit atau mencakar manusia.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/04/kucing-kesayangan-boleh-jejas-kesihatan.html#ixzz1u5uUQWXQ

JAM HANDPHONE WATERPROFF



Jam ini bersaiz 1.5 inci dan dilengkapi dengan LCD skrin sesentuh berwarna 26k.
Jam ini turut dilengkapi dengan GPRS/WAP 2.0, bluetooth dan kamera 1.3MP. Jam ini mampu bertahan selama 220 jam dan sehingga 250 minit masa bual. Kamera ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri kerana dilengkapi dengan input tulisan tangan. Terdapat barangan percuma yang disediakan iaitu TF kad berkapasiti 1GB dan boleh mencecah hingga 2GB.

12 Possible Heart Symptoms Never to Ignore

Don’t miss these 12 possible warning signs that something is amiss with your heart.
Here are a dozen symptoms that may signal heart trouble.
1. Anxiety.
2. Chest discomfort.
3. Cough. 
4. Dizzines
5. Fatigue.
6. Nausea or lack of appetite.
7. Pain in other parts of the body.
8. Rapid or irregular pulse.
9. Shortness of breath.
10. Sweating. 
11. Swelling.
12. Weakness. 

E-codes yang tidak halal


AWAS!!!! E-Codes yang TIDAK HALAL
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.